29 May 2009 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
0 Ulasan
Sains Sosial mungkin agak baru bagi ASASI. Tapi, sebelum ini, ASASI sebenarnya telah membuka keahlian kepada kumpulan-kumpulan sains sosial, sekaligus menambah gugusan awal yang hanya terdiri sains tulen sahaja. Kini ASASI telah mengorak langkah untuk melebarkan wawasannya. Bersama-sama dengan Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, di USM, Pulau Pinang, ASASI menjalinkan kerjasama untuk menganjurkan seminar berikutnya
[Baca teks penuh...]
06 May 2009 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
2 Ulasan
Dunia kini sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk dan luar jangka. Sehubungan dengan itu, ASASI sebagai NGO intelektual cuba mengambil kesempatan bahang ini dengan menawarkan sebuah seminar ekonomi alternatif. Tujuannya, agar kita dapat menilai kembali kelemahan-kelemahan sistem yang sedia ada, di samping melihat pilihan-pilihan baru yang mungkin lebih baik.
[Baca teks penuh...]
19 Apr 2009 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
0 Ulasan
Akhirnya, kesedaran seperti ini hanya termazmur dari kefahaman, penghayatan, dan keinsafan. Antara kaedah untuk menanam semua ini adalah menerusi penerokaan ilmu tentang peri pentingnya perubahan. Ilmu seharusnya melahirkan tindakan abadi. Dalam soal perubahan iklim—yang menjadi inspirasi aksi ¨Earth Hour¨—proses penanaman kesedaran ini amatlah mendesak.
[Baca teks penuh...]
22 Feb 2009 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
3 Ulasan
Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains. Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden.
[Baca teks penuh...]
10 Feb 2009 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
4 Ulasan
Perbahasan sains dan teknologi dalam tamadun Islam, di satu sisi, memang boleh menarik perhatian, terutamanya kepada mereka yang berminat untuk meneroka pengetahuan baru. Meskipun dewasa ini, pengetahuan yang terdapat di Barat cukup maju, namun sebahagian daripada asas-asas pengetahuan mereka sebenarnya merupakan pengaruh dari sumbangan yang terdapat dalam Tamadun Islam. Setakat ini, fakta ini tidak pernah dinafikan secara sistematik.
[Baca teks penuh...]
Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.
[Baca teks penuh...]
30 Dec 2008 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
0 Ulasan
Muktakhir ini, memandangkan terdapat peningkatan penyertaan/pendaftaran keahlian, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) merancang untuk mengadakan satu Syarahan ASASI bersekali dengan Himpunan Ahli Muda ASASI. Pada dasarnya, program ini adalah bertujuan untuk berkongsi wawasan ASASI dalam usaha bersama ke arah merancakkan budaya pengetahuan di kalangan masyarakat Malaysia. Justeru, para ahli muda ASASI, terutamanya yang berusia di bawah 40 tahun, adalah dimohon hadhir.
[Baca teks penuh...]
19 Oct 2008 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
1 Ulasan
Setelah dua tema sebelumnya memberi tumpuan terhadap gagasan Sains Islam, kini tema tentang Bahasa Melayu ini turut diangkat ASASI. Langkah mengadakan Bengkel dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban, UM ini dilihat perlu memandangkan pendokumentasian Bahasa Melayu dalam mengungkapkan pelbagai bidang di Malaysia maseh memerlukan usaha yang lebih berkesan lagi.
[Baca teks penuh...]
19 Oct 2008 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Hebahan |
0 Ulasan
Terlebih dahulu ASASI mengucapkan terima kaseh pada para peserta yang telah menghadiri Bengkel ASASI (II) yang dianjurkan di INSPEM, UPM baru-baru ini. Bengkel yang melibatkan 25 peserta, iaitu kurang dari jumlah sasaran awal. Walau bagaimanapun, pihak ASASI ingin merekodkan segala ulasan/kritikan/cadangan mengenai penganjuran bengkel tersebut.
[Baca teks penuh...]
08 Oct 2008 |
Dimuatkan
Urusetia ASASI |
Rencana |
4 Ulasan
Suatu teori yang sudah beberapa kali dilontarkan oleh pemimpun besar-besar UMNO ialah teori bahasa dan kemajuan bangsa yang nampaknya begitu mudah disokong bulat-bulat oleh ahli-ahli UMNO dan sebahagian oleh orang UMNO. Bagi ahli-ahli UMNO teori apa pun daripada pemimpin besar-besarnya semuanya teori besar-besar belaka.
[Baca teks penuh...]